Tuesday

Mimpi :')

Assalamualaikum :)

Hmmm, harini 4/3/2013 [rabu] nur tak pergi sekolah. Nur kurang sihat. So, nur akan update blog :) Okay, tadi nur tidur lama. Pukul 12 tepat baru nur bangun. Nur terbangun sebab nur mimpikan fikri. Kenapa mimpi sweet gila :'( Ya Allah. Mimpi dia tu ada 2 part. Boleh pulak macam tu kan? Hm, part 1 kitorang masuk kelas tuisyen sama-sama. Masa jalan tu fik tengah belek-belek phone dia. Phone touchscreen. Tah betul ke tak tu phone dia. Pastu nur ambik phone dia. Nur cakap nak tengok gambar. Then nur baca inbox message dia. Takde pape pun. Just message daripada kawan dia je. Pastu fik tanya "haa, tengok apa tu? meh sini tunjuk" heeeee, nur pun tunjuk inbox message. Start kat situ kitorang berebut phone. Bergurau kononnya. Kitorang gelak-gelak & akhirnya nur bagi phone tu kat fik & tetiba kepala nur lentok dekat bahu fik. Pastu kitorang main gesel-gesel kepala pulak -_- Pe jadah punya mimpi. Hm, tapi rasa macam sweettttttt gila :'( Sampai dah masuk kelas kitorang masih bermanja bagai. Ada lagi dak dak couple tengah dating dalam kelas tu. Dan mimpi part 1 sampai situ je. Ya Allah, kenapa macam tu :'( Kenapa sweet sangat :'( 


Part 2 pulak. Mak nur hantar nur pergi tuisyen. Bila dah sampai, ada orang bukakkan pintu kereta untuk nur "nak jumpa jap. cepat" & dia terus lari. Nur cakap "kk jap" & nur salam mak nur. Nur keluar dari kereta. Rupanya yang bukakkan pintu kereta tu tadi ialah fik. Fik dah tunggu kat dalam dengan kakak dia & sorang dak laki. Tah siapa tah. Fik suruh nur duduk sebelah dia. Okay nur duduk. Then nur tanya "ada apa?" mana tak nya, macam nak buat mesyuarat apa je. Muka pun serious semacam. Nur pandang fik, fik cakap "tanya kakak fik". Nur pandang kakak fik & kakak dia cakap "macam ni dik. yang tulis tu sebenarnya bukan dia tapi kawan dia" nur cakap "tulis apa?" kakak fik balas "tulis blablabla". Hehe, blablabla tu nur tak tahu apa dia. Then fik cakap "dah tahu kan?" nur angguk kepala je. Mimpi ni macam kejadian semalam ah doh. Nur baca blog teha ex fik. Tetiba pulak terus masuk dalam mimpi ni pehal. Hm, mungkin sebab nur terlalu fikir pasal blog tu sama ada betul ke tak, diorang berhubung lagi ke tak & nur rasa jealous + geram bila baca blog teha tu :'( Tak tahu lah kenapa. 

Lepas tu, fik ajak masuk kelas untuk ambik tempat. Sebab kadang-kadang penuh gak sampai dah takde tempat. Okay, nur ikut je. Yang peliknya, dalam tempat tuisyen tu ada tangga. Dalam dia okay. Bukan luar. Pelik je -.- Then, nur & fik nak cari fail kitorang. Tetiba pulak ramai yang serbu untuk cari fail diorang. Nur & fik terpisah. Then fik ambik apa tah dia susun & panggil nama. Mungkin dia nak tolong. Nur pandang je fik. Pastu nur nampak fik bangga dengan apa yang dia buat. Dia buat gaya macho lah, berlagak lah, "oh well" lah. Hahaha, nur senyum kat fik. Fik pun senyum balik & dia buat gaya "i *tunjuk diri sendiri* love *buat bentuk hati* you *tunjuk nur*. Nur ketawa. Haaaaa, melting :') Dak perempuan kat sebelah nur pandang je gelagat kitorang. Dan nur dengar orang cakap "siapa tu? bf ko eh?" nur pandang budak sebelah kiri nur. Rupanya aina farhanah. Member nur dari sekolah agama sampai sekarang. Tapi tak rapat sangat. Nur senyum je. Tak jawab pun soalan dia. Mimpi part 2 habis sampai situ je. 

Lepas habis mimpi kedua-dua part ni, nur terbangun. Nur termenung. Nur cakap dalam hati "ya Allah, aku rindu fikri sangat-sangat. Kenapa aku mimpi pasal dia. Apa lagi ni? Hmm". Secara tiba-tiba air mata nur mengalir :') Nur cuba untuk tidur balik tapi tak boleh. Nur tertanya-tanya dengan mimpi nur tu tadi. Tapi tu semua mimpi je kan? Hmmm. Idk why, nur rasa macam fik tu bf nur sekarang. Dan kejadian semalam, macam kitorang dah break. Fik nak putus & harap boleh jadi kawan lagi. Bodohnya kau nasyitah! Argh, pemikiran aku dah tak betul. Ehh? Apa aku ni. Bingai benor haaa. 

Okay fik, nur mintak maaf kalau nur lambat bagitahu apa jawapan nur. Jawapan nak terima fik or tidak. Setiap hari nur rasa tak sedap hati pasal fik. Mesti ada ramai perempuan suka fik lah, pasal ex fik lah. Dan akhirnya Tuhan tunjukkan pada nur. Nur tergerak hati nak tengok following & followers & tweet lama fik. Nur nampak twitter teha kat following fik. Okay, nur click twitter teha. Teha ada letak link blog dia kat bio twitter dia. Nur click link tu. Nur baca semuanya & nur nampak dia cerita pasal fik. Nur rasa hampir semua cerita dia, ada tulis "aku rindu someone yang bernama muhammad fikri". Nur tengok tarikh. Tarikh dia baru jeeeee! Dia ada jugak cerita pasal nak komen gambar baru fik. Tapi takut tak dilayan. Dia cakap comel + smart. Hmm, ye memang comel & smart pun. Dia jugak ada cerita kalau fik pun sayangkan dia, insyaAllah kita akan getback lepas exam pmr. Nur tersentak. Sedih ada. Kecewa pun ada. Fik, nur tak faham lah semua ni. Nur harap fik boleh ceritakan semuanya. Kalau nur boleh bantu fik, nur bantu :') Kita kan kawan? Kankan? *sebenarnya nak lebih dari kawan* Hmmm





Thanks. Assalamualaikum :')

No comments:

Post a Comment